Dasar Privasi — INPUTRA

Kemas kini terakhir: 12 Julai 2026

INPUTRA ("extension ini") adalah alat pihak ketiga yang dibangunkan secara persendirian untuk membantu guru mengisi markah peperiksaan ke sistem OneMRSM secara automatik daripada data Excel/Google Sheet. Extension ini tidak dimiliki, dikendalikan, atau diluluskan secara rasmi oleh MARA atau pentadbir sistem OneMRSM.

Ringkasan Ringkas: Data nama dan markah pelajar yang awak proses menggunakan INPUTRA TIDAK PERNAH dihantar ke mana-mana server luar. Semua pemprosesan berlaku sepenuhnya di dalam pelayar (browser) anda sendiri.

1. Data Yang Diproses Secara Tempatan (Tidak Dihantar Ke Mana-Mana)

Apabila anda menampal (paste) data markah dari Excel/Google Sheet ke dalam INPUTRA, data berikut diproses sepenuhnya di dalam pelayar anda dan terus dimasukkan ke borang OneMRSM di skrin anda:

Data-data ini tidak disimpan oleh INPUTRA selepas tetingkap popup ditutup, dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan (server) pihak pembangun atau pihak ketiga yang lain.

2. Data Yang Dihantar Ke Pelayan Pengesahan Lesen

Untuk mengesahkan langganan anda, INPUTRA menghantar maklumat berikut ke pelayan pengesahan lesen milik pembangun (dihoskan di Cloudflare):

Maklumat ini digunakan semata-mata untuk mengesahkan status langganan (aktif/tamat tempoh) dan memastikan satu kod lesen digunakan oleh satu guru sahaja. Ia tidak digunakan untuk tujuan pengiklanan, penjejakan, atau dikongsi dengan pihak ketiga.

3. Kebenaran (Permissions) Yang Digunakan

4. Data Kanak-Kanak/Pelajar Bawah Umur

INPUTRA tidak mengumpul, menyimpan, atau menghantar sebarang data peribadi pelajar (termasuk pelajar bawah umur) ke mana-mana pelayan luar. Semua data markah pelajar kekal di dalam pelayar guru dan terus dimasukkan ke sistem OneMRSM rasmi sekolah.

5. Perkongsian Data Dengan Pihak Ketiga

INPUTRA tidak menjual, menyewa, atau berkongsi sebarang data dengan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan atau komersial lain.

6. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini boleh dihantar kepada:
zunixam@gmail.com